Kongsi video berhijab, penampilan sopan Qistina Raisah dipuji peminat

Entertainment
29 May 2024 • 5:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Qistina Raisah

Pelakon remaja, Qistina Raisah yang tampil berhijab di media sosial telah menarik perhatian netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Qistina di laman TikToknya, dia yang cantik memakai tudung berwarna putih sambil membuat miming lagu Chentaku nyanyian Zizan Razak dan SonaOne undang pelbagai reaksi ramai.

Qistina Raisah

Sehingga kini, video tersebut raih lebih 700,000 tontonan dan mendapat lebih 77,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dikongsikan dalam aplikasi tersebut.

Qistina Raisah

image is not available

image is not available

Cantiknya Qistina berhijab!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej sopan aktres yang berusia 16 tahun itu dan berharap Qistina terus berusaha menutup aurat dengan sempurna.

image is not available

Semoga dapat hidayah!

Bukan itu sahaja, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri untuk memakai hijab dan mendoakan agar dia mendapat hidayah kelak.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, Qistina sering mendapat kecaman daripada netizen gara-gara pemakaiannya yang seksi dan beranggapan penampilannya itu tidak sepadan dengan usianya yang masih muda.

Sumber: TikTok @Qistina Raisah