Isu Berus Bulu Khinzir: Melaka Tak Tarik Lesen Perniagaan, Tiada Pelanggaran Dikesan

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 5:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Melaka memutuskan tiada keperluan menarik lesen perniagaan dua syarikat makanan dan minuman yang sebelum ini ditarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) susulan isu penggunaan berus dipercayai daripada bulu babi.

MBMB tak terima sebarang laporan

Memtik laporan daripada Bernama, EXCO kanan negeri, Rais Yasin memaklumkan kedua-dua syarikat terbabit tidak melanggar syarat lesen perniagaan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), selain tindakan berkaitan pelanggaran prosedur halal telah diambil oleh pihak berkuasa agama.

“Setakat ini, MBMB tidak menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan pelanggaran syarat lesen perniagaan melibatkan kedua-dua syarikat itu.
“Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kami melahirkan rasa dukacita dengan insiden yang berlaku dan berharap ia tidak berlaku di mana-mana premis perniagaan lain,” katanya selepas Majlis Santuni Kasih Aidilfitri sempena Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah.

image is not available

Sijil SPHM saja ditarik

Sebelum ini, dua syarikat masing-masing pengeluar kopi dan biskut di negeri itu dilaporkan ditarik balik SPHM serta-merta selepas didapati menggunakan berus dipercayai daripada bulu babi bagi kerja pembersihan peralatan.

Dalam perkembangan lain, Rais memaklumkan semua pihak berkuasa tempatan di Melaka sentiasa memastikan tahap kebersihan produk pelancongan berada pada tahap terbaik sebagai persediaan menerima pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2.0.

image is not available

Selain itu, seramai 250 penerima dalam kawasan pentadbiran MBMB turut menerima sumbangan barangan elektrik dan keperluan harian menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Intrinseque Health (Malaysia) Sdn Bhd bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Sumber: Bernama

The post Isu Berus Bulu Khinzir: Melaka Tak Tarik Lesen Perniagaan, Tiada Pelanggaran Dikesan appeared first on Borak Daily.