Isu Cium Mulut Peminat, Udit Narayan Tampil Bersuara - “Apa Yang Salah Tentang Perkara Itu?”

3 Feb 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi terkenal Bollywood, Udit Narayan tampil mempertahankan diri susulan mendapat kecaman hebat selepas  aksinya mencium peminat wanita di bahagian bibir tular dalam media sosial.

Hargai peminat

Menurut, Udit, 70, perkara tersebut dilakukan atas dasar penghargaan kepada peminatnya. 

 

“Apa yang salah tentang perkara tersebut? Itu adalah perkara biasa yang selalu terjadi di antara artis dan peminat. Peminat teruja melihat artis kegemaran mereka di depan mata. Saya rasa perkara ini tidak patut diberi perhatian yang lebih,” katanya kepada Hindustan Times.

 

Terdahulu, pelantun lagu Kuch Kuch Hota Hai itu dilihat mencium bibir beberapa peminat wanita sewaktu dikerumuni untuk berswafoto selepas melakukan sebuah persembahan.

 

Aksi penyanyi yang terkenal sebagai penyanyi latar filem-filem Bollywood itu telah mengejutkan ramai terutamanya para peminatnya.

 

Sekadar info, Udit  telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 28 Disember lalu. 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved