Isu Diserang: Shila Amzah Dedah Boleh Berbaik Sekiranya Amy Search Ubah Sikap

Entertainment
14 Jul 2025 • 4:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, media ada melaporkan mengenai penyanyi wanita terkenal, Shila Amzah yang tampil membuat laporan selepas mendakwa diserang oleh seorang penyanyi legenda.

Penyanyi berkenaan turut memuat naik kenyataan di media sosial berhubung insiden dirinya diserang penyanyi lelaki berkenaan sewaktu sedang membuat latihan konsert dipercayai Konsert MR D.I.Y. sempena ulang tahun ke-20.

Susulan itu, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan dua individu berhubung perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Shila Amzah dedah boleh berbaik namun mahu lihat ada perubahan dari Amy Search

Selepas beberapa hari berteka-teki, Shila Amzah akhirnya mendedahkan individu yang dimaksudkan adalah Datuk Amy Search dan tidak menolak sekiranya ada jalan untuknya dan penyanyi rock itu menyelesaikan masalah yang berlaku di antara mereka.

Ujar pelantun lagu Memori Tercipta itu, apa sahaja usaha untuk menjernihkan keadaan boleh berlaku jika penyanyi lelaki itu menunjukkan perubahan sikap yang lebih positif.

“Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar (untuk berdamai). Bukanlah mahu kata saya ini ego tinggi dan tak mahu untuk berdamai, tidak sama sekali.

“Cuma, saya mahu tengok ada perubahan (daripada Amy). Seandainya ada perubahan dari segi sikap (baru boleh berdamai),” ujarnya, lapor mStar.

Shila Amzah dalam pada itu turut memaklumkan sehingga ini belum ada apa-apa perjumpaan mahupun perbincangan serius mengenai perkara yang berlaku di antara kedua penyanyi berkenaan.

Tak menolak jika sepentas dengan Amy sekali lagi cuma akan berhati-hati selepas perkara yang berlaku

Meskipun berdepan dengan isu tersebut, namun Shila Amzah tidak menolak untuk berada di satu pentas dengan Amy. Dia bagaimanapun mengakui akan lebih berhati-hati selepas apa yang berlaku.

Malah katanya dia mungkin akan memasang pengawal peribadi sekiranya bekerja dengan penyanyi itu lagi.

“Saya mungkin akan pasang pengawal peribadi kalau bekerja lagi dengan dia. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat supaya dia tidak kerja sekali dengan saya.

“Saya profesional dan tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak selama 25 tahun ini. Lagipun industril ini kecil, masing-masing kena pandai jaga diri sendiri.”

Tiada niat campur urusan sesiapa hanya beri sokongan kerana lalui perkara hampir sama

Terdahulu serangan itu dikatanya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarga dalam satu ciapan di platform X.

Memetik laporan Sinar Harian, Shila menjelaskan ciapan itu adalah satu bentuk sokongan kepada luahan pelakon Nabila Huda.

Ujarnya dia juga tidak berniat untuk mencampuri urusan sesiapa tetapi sokongan itu diberikan sebagai rakan seindustri yang juga melalui perkara hampir sama.

“Masalah keluarga saya sangat-sangat umum. Apabila saya mengeluarkan kenyataan menyokong kenyataan Abil (Nabila Huda) sebagai rakan industri, melalui liku-liku kehidupan bersama keluarga, sesuatu yang sama berlaku pada kami berdua,” ujarnya.

Source: