Isu Dokumentasi Pemain Warisan: TMJ Minta Kumpul Bukti Kukuh! Lapor Pihak Berkuasa

LocalFootball
1 Mar 2026 • 8:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar melontarkan teori tanpa asas.

TMJ Minta Kumpul Bukti Kukuh

Baginda bertitah, segala fakta dan bukti yang ada perlu dikumpulkan serta diserahkan kepada agensi kerajaan berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang.

“Inilah pentingnya kita menggunakan segala bukti dan fakta yang ada dan serahkan kepada agensi kerajaan yang berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang.
“Bukan setakat teori. Kumpul semua bukti yang ada beramai-ramai demi bola sepak tanah air,” titah baginda dalam satu hantaran di platform X.

image is not available

Tunku Mahkota Ismail mengulas isu berkenaan susulan polemik berhubung pemain warisan yang didakwa melibatkan pemalsuan dokumen.

Terdahulu, FIFA menjatuhkan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Malaysia selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib badan induk bola sepak dunia itu berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen.

Susulan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan rayuan kepada FIFA, namun ditolak sebelum kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Keputusan muktamad rayuan tersebut masih belum diumumkan selepas prosiding perbicaraan selesai baru-baru ini, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

image is not available

Isu berkenaan turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong, khususnya mengenai integriti proses dokumentasi pemain warisan yang mewakili negara di pentas antarabangsa.

Sumber: X  HRHJohorII

The post Isu Dokumentasi Pemain Warisan: TMJ Minta Kumpul Bukti Kukuh! Lapor Pihak Berkuasa appeared first on Borak Daily.