Isu FashionValet: Proses rakaman percakapan Vivy, suami masuki hari ketiga

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan yang membawa pasangan pengasas Fashion Valet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB tiba di ibu pejabat SPRM pada 2.34 petang bagi menyambung memberi keterangan di sini hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pasangan pengasas Fashion Valet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sambung memberi keterangan hari ini.

Kenderaan yang membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 2.34 petang.

Hari ini memasuki hari ketiga proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akuan syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish semalam.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama