SPRM Beku Akaun RM 1.1 Juta Milik Vivy & Fadza, 11 Beg Tangan Serta Jam Tangan Mewah Disita

Entertainment
7 Nov 2024 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, pasangan suami isteri, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuam Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Susulan keterangan itu, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan tersebut.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta turut dibekukan oleh SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, pasangan tersebut hadir ke SPRM kira-kira jam 1 petang hari yang sama untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

Sumber: Astro AWANI (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.