Isu FashionValet: Vivy keluar dari SPRM tanpa kelibat suami

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini tanpa kelibat suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.

PUTRAJAYA - Pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini tanpa kelibat suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.

Ditemani peguam, Shaarvin Raaj Selva Kumar dan seorang pegawai penyiasat SPRM, Vivy menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam meninggalkan SPRM Putrajaya jam 4.00 petang.

Vivy keluar dari Ibu Pejabat SPRM setelah satu jam 30 minit dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu, Vivy bersama peguam dan pegawai penyiasat SPRM ke rumah pengasas platform e-dagang FashionValet yang lain.

Pada Rabu, pegawai penyiasat SPRM dibawa ke kediaman Vivy di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Sinar Harian cuba mendapatkan perkembangan lanjut daripada pihak SPRM berhubung ketiadaan suami Vivy semasa meninggalkan pekarangan SPRM Putrajaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved