Isu Had Umur PLKN 3.0, Hanya Remaja Lahir Tahun 2007 Akan Dipanggil – Mindef

3 Nov 2023 • 12:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi penjelasan berkaitan had umur pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menjadi bualan warganet di media sosial.

Menerusi satu kenyataan hari ini, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan tahun 2024 maka hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 (berusia 17 tahun) akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.

Hanya remaja lahir tahun 2007 akan dipanggil

Foto: Berita Harian

Namun begitu, sekiranya pelatih kelahiran 2007 tidak dapat menjalani latihan pada tahun 2024 dengan sebab yang dibenarkan, maka remaja itu dibenarkan menangguhkan latihannya.

Had maksimum umur bagi menjalani latihan adalah 35 tahun, maka remaja itu boleh menyertai latihan tersebut diantara umur 17 sehingga 35 tahun.

Secara ringkasnya, hanya remaja berusia 17 tahun sahaja yang akan dipanggil menjalani latihan PLKN namun boleh menangguhkan latihan tersebut sehingga mereka berumur 35 tahun.

image is not available

Foto: Utusan TV

Terdahulu, kkerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semua PLKN dengan kaedah PLKN 3.0 selaras denga Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Kerajaan akan mengeluarkan garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk menjalani PLKN 3.0 yang mana had umur pelatih akan ditetapkan dan dipilih mengikut tahun kelahiran.