Orang ramai nampaknya boleh menarik nafas lega selepas Kementerian Pertahanan menjelaskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya untuk remaja yang lahir pada 2007 (untuk pelaksanaan tahun 2024).
Kalau pelatih yang dipilih tak dapat sertai latihan atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan dan had umur dibenarkan sehingga 35 tahun.

Sejak berita PLKN diumumkan semalam, ada netizen berseloroh mencadangkan usahawan crepe terkenal iaitu Kieda untuk menjadi ketua platun.
Iyalah, Kieda sebelum ini pernah viral disebabkan briefing syarat-syarat kepada pelanggan yang beratur dengan suara yang tegas.

Memberi respon kepada cadangan itu, Kieda memilih untuk menjadi penghuluwati di kem PLKN. Usahawan ini berharap dia dapat menjadi seorang ketua yang berjaya.
@kiedacrepe Daftar nama anda untuk sertai PLKN bersama penghuluwati kieda #kiedacrepe ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Dalam pada itu, dia menyeru keyboard warrior yang suka mengecam untuk menjadi anak-anak penghuluwatinya.
Dia sangat mengalu-alukan netizen yang suka mengecam tetapi lembik hanya berani bersorak di belakang tabir untuk tampil ke depan.
Kredit: TikTok Kieda Crepe


