Isu ibu murid kena ‘boo’ guru, peguam dedah ada saksi cerita ‘plot twist’

LocalOpinion
25 Feb 2025 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Isu ibu murid

Baru-baru ini, tular isu ibu murid kena ‘boo’ di sebuah sekolah yang mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Seorang ibu dilaporkan bertindak menengking guru ketika mencari anaknya, menyebabkan ramai pihak tampil memberikan pandangan masing-masing.

Susulan daripada itu, peguam, Mahmud Jumaat berkongsi hantaran di Facebook menyatakan sokongannya kepada pihak guru dan meminta orang ramai untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum membuat kesimpulan.

image is not available

Isu ibu murid kena ‘boo’ tiada pun sebenarnya?

Dalam tangkapan layar yang dikongsikan oleh Mahmud Jumaat, ada saksi kejadian yang menggunakan nama messy mengatakan yang ibu murid tersebut kelihatan cemas sewaktu mencari anaknya dan terus bertanya kepada seorang guru dikenali sebagai Cikgu Wan.

Cikgu Wan yang cuba membantu bertanya kembali, “Anak puan yang mana satu ye?” Namun, tindakannya itu mendapat reaksi kurang menyenangkan apabila si ibu sehingga terus menengking guru berkenaan.

Isu ibu murid panik, ada saksi kata cikgu bantu cari sama2

Walaupun sudah ditengking, saksi kejadian mengatakan yang cikgu tersebut tetap sabar dan membantu mencari anak murid tersebut.

Selepas anaknya ditemui, semua guru yang berada di lokasi menarik nafas lega dan memaklumkan perkara itu kepada ibu berkenaan.

Saksi juga menegaskan bahawa tidak wujud sebarang ejekan atau penghinaan daripada pihak guru seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

image is not available

Netizen sokong guru, minta ibu lebih bertenang

Kisah ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Dapat dilihat yang rata-rata mereka berpihak kepada guru dan menegaskan bahawa pendidik tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian, lebih-lebih lagi ketika mereka hanya cuba membantu.

image is not available

image is not available

image is not available

Apa pun, insiden ini menjadi peringatan bahawa komunikasi yang baik antara ibu bapa dan guru sangat penting, terutama dalam situasi genting. Semoga kejadian sebegini dapat dielakkan di masa hadapan.

Sumber: Facebook Mahmud Jumaat