Isu Iman Kamil Cacah Tatu, Iddin Ramli Titipkan Nasihat [Video]

EntertainmentLifestyle
25 Mar 2026 • 12:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Isu Iman Kamil Cacah Tatu, Iddin Ramli Titipkan Nasihat [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh influencer, Yes Iman atau Iman Kamil memaparkan dirinya mempunyai corak tatu pada bahagian tangan.

Tidak mengulas lanjut mengapa dia mengambil keputusan untuk mencacah tatu, namun ramai percaya Iman Kamil kini sedang berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Dalam video yang dikongsikan, Iman berkata tujuannya membuat video adalah untuk menjelaskan apa yang dilihat (tatoo) pada tangan adalah asli dan bukan AI (Kecerdasan buatan).

Malah dia tidak mahu menjawab soalan yang sama berulang kali berkenaan tatu apabila bertemu orang ramai di luar selain ingin mengelak sebarang spekulasi.

Video itu kemudiannya mendapat pelbagai respon di kalangan orang ramai, ada yang memberikan sokongan terhadap influencer berkenaan.

Ada juga mengkritik dengan mengatakan ia adalah tidak wajar untuk memuat naik video menjelaskan mengenai tatu yang dimiliki agar ia tidak menjadi contoh kepada orang ramai khususnya generasi muda.

View this post on Instagram

A post shared by IMAN KAMIL (@yes_iman)

Image from: Isu Iman Kamil Cacah Tatu, Iddin Ramli Titipkan Nasihat [Video]
Image from: Isu Iman Kamil Cacah Tatu, Iddin Ramli Titipkan Nasihat [Video]

Iddin Ramli titipkan nasihat buat Iman Kamil

Terbaharu penulis dan pendakwah bebas, Iddin Ramli turut tampil menitipkan nasihat kepada influencer berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Iddin di Instagram, ada pengikut yang telah menghantar hantaran Iman kepadanya.

Jelasnya secara kebetulan apabila memeriksa bahagian mesej di aplikasi berkenaan, Iddin mendapati influencer itu pernah menghantar pesanan untuk meminta pandangan dan nasihat atas kekurangan dirinya pada tahun 2020.

Manusia memang banyak ujian, tujuan ujian diberikan untuk mengesahkan iman seseorang

Kata Iddin, hidup manusia ini sememangnya serabut serta banyak ujian bahkan di dalam Al-Quran tiada satu ayat pun yang menyebut, manusia yang baik dan beriman menjanjikan seseorang itu bebas daripada sebarang ujian, masalah mahupun kesusahan.

“Lagi baik kita, lagi beriman kita, lagi banyak masalah akan datang sebenarnya. Apa tujuan masalah ini, apa tujuan ujian itu sendiri? Untuk mengesahkan iman kita.

“Sebab kalau kita cakap kita ni beriman, waktu kita tak diuji memang senang. Tapi kalau nak cakap kita ni beriman waktu kita tengah diuji, tengah terduduk, memang susah sangat-sangat.

“Sebab itu ujian ini untuk tengok siapa yang betul-betul beriman, siapa yang berpura-pura beriman,” ujarnya.

Ganjaran syurga buat mereka yang berjaya melalui ujian tersebut

Kata Iddin lagi, jika seseorang muslim itu berjaya melalui ujiannya maka Allah SWT akan memberikan ganjaran syurga kepada kita.

Iddin turut memberikan tips yang digunakannya untuk menguatkan diri sendiri adalah dia tidak akan memandang kepada ujian sebaliknya siapa yang menghantar ujian tersebut.

Bahkan dia percaya ujian yang diberikan itu pastinya tidak sia-sia mahupun kebetulan.

“Tapi tidak mengapa, jika kita rasa berat dengan ujian itu, Nabi SAW pun rasa berat. Luahkan kepada orang-orang yang tepat. Bahkan Nabi juga menangis, ketika Saidina Ibrahim anak tercinta Nabi SAW meninggal dunia.

“Nabi SAW hilang orang yang disayangi. Nabi kata mata ini menangis, hati ini bersedih. Tapi aku tidak mengatakan melainkan perkara yang Allah SWT reda.”

Sebaiknya tak berseorangan apabila ada dalam kesusahan

Jelasnya lagi, jika seseorang itu sedang berdepan dengan kesusahan, maka dia tidak boleh berseorangan kerana akan cenderung membuat keputusan yang buruk.

“Insha-Allah apa sahaja ujian-ujian yang datang kita dapat hadapi dengan terbaik,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Iddin Ramli (@iddinramli)

View Original Article