Isu import udang Thailand selesai pertengahan bulan – Mohamad

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu import udang Thailand selesai pertengahan bulan – Mohamad

KOTA BHARU – Perbincangan mengenai import udang dari Thailand kini berada di peringkat akhir dan dijangka selesai pada pertengahan bulan ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyelesaian berhubung perkara tersebut dijangka dicapai dalam tempoh berkenaan.

“Sekarang perbincangan di peringkat akhir dan penyelesaiannya akan selesai insya-Allah pertengahan bulan ini,” katanya selepas merasmikan Jelajah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 Peringkat Zon Timur di sini hari ini.

Kosmo! pada 4 Ogos lalu melaporkan Malaysia dan Thailand sedang melakukan pemeriksaan secara maya (virtual inspection) bagi mencapai penyelidikan melibatkan isu perdagangan komoditi kedua-dua negara iaitu udang dan ikan siakap.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pemeriksaan tersebut melibatkan penilaian menyeluruh terhadap ladang, makmal, pusat penetasan serta pintu masuk sempadan di kedua-dua belah pihak.

Proses pemeriksaan bagi kawasan ternakan udang telah selesai dijalankan, manakala tumpuan kini beralih kepada ladang siakap.

Terdahulu, Malaysia dilapor memperketatkan kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan CoA bagi ikan siakap serta sekatan sementara terhadap lima spesies udang bermula 1 Jun lalu.

Susulan itu, Thailand dilaporkan bersedia membangkitkan isu penggantungan sementara import lima spesies udang dari negara itu oleh Malaysia di forum Pertubuhan Perdagangan Dunia dan ASEAN sekiranya rundingan dua hala gagal menyelesaikan isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Isu import udang Thailand selesai pertengahan bulan – Mohamad appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved