MAHA 2026 pacu MoU cecah RM8 bilion

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2026 • 4:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MAHA 2026 pacu MoU cecah RM8 bilion

KOTA BHARU – Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 dijangka menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bernilai 8 bilion membabitkan pelbagai bidang termasuk kenderaan, teknologi dan pengurusan makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia melibatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan luar negara.

Katanya, penganjuran tahun ini lebih menjurus kepada inovasi dan pemodenan sektor pertanian, selain menyaksikan peningkatan penyertaan pempamer antarabangsa.

“Antara penyertaan baharu ialah dari negara-negara Afrika dan Asia Tengah, selain pempamer dari China, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Mereka juga ingin bersama dengan MAHA dan melihat perkembangan teknologi, terutama dalam bidang pertanian untuk kita kongsi teknologi itu antara negara-negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah MAHA 2026 Peringkat Zon Timur di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, tumpuan terhadap inovasi dan teknologi amat penting ketika isu keterjaminan makanan menjadi agenda utama di seluruh dunia.

Katanya, rakyat dan kerajaan perlu bersama-sama memastikan bekalan makanan mencukupi dan terjamin, terutama mengambil kira kebergantungan Malaysia terhadap import makanan yang masih tinggi. – KOSMO! ONLINE

The post MAHA 2026 pacu MoU cecah RM8 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved