Isu Jalur Gemilang Berkibar Terbalik Di Melaka, YB Duyong Tampil Dedah Puncanya [Video]

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 10:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebelakangan ini, ada sahaja isu mengenai bendera Malaysia yang berkibar dalam keadaan terbalik tular di media sosial.

Perkara ini mendapat perhatian serta keprihatinan ramai memandangkan Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan, perpaduan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Seperti baru-baru ini, seorang individu berkongsi gambar sebuah bendera Malaysa yang berkibaran secara terbalik di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka dan mempersoalkan bagaimana ia boleh berlaku.

Exco Melaka siasat dan tampil dedah punca Jalur Gemilang berkibar terbalik

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy yang cakna dengan perkara itu telah menyiasat sebelum tampil mendedahkan punca sebenar insiden berkenaan.

Mohd Noor Helmy menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya semalam (17 Ogos) telah berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saat Bendera Malaysia itu terbalik yang jelas bukanlah sesuatu perbuatan yang disengajakan.

Jalur Gemilang terlorot dan tersangkut punca berkibar dalam keadaan terbalik

Menurutnya, Jalur Gemilang itu berada dalam keadaan terbalik seperti yang ditularkan kerana terlorot dan tersangkut.

“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.

“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah bendera kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak kilang berkenaan juga akan tampil memberi kenyataan dalam jangka masa terdekat ini berhubung perkara itu.

Beliau pada masa sama turut berkongsi gambar semasa bendera tersebut diturunkan bagi memudahkan orang ramai memahami apa sebenarnya yang telah berlaku.

image is not available
Gambar selepas bendera diturunkan (Foto: Facebook/Mohd Noor Helmy)

Netizen puji tindakan Mohd Noor Helmy siasat terlebih dahulu

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu yang tidak mudah melatah sebaliknya menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

Orang ramai juga beranggapan isu tersebut selesai memandangkan insiden berlaku tanpa disengajakan.