Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang di Texas Instruments, Melaka semalam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Namun siasatan pantas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy, membantu merungkai kekeliruan apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku secara tidak sengaja.
Rakaman CCTV bongkar bendera tercabut dan tersangkut
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Noor Helmy memaklumkan beliau menerima aduan berhubung insiden tersebut sebelum membuat siasatan dan meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian.
“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka. Tercabut, tersangkut dan terbalik. Nasib baik ada CCTV, walaupun puas juga nak belek-belek,” katanya.
Baca juga:

Beliau turut berkongsi gambar bendera tersebut di lokasi dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi pihak kilang sebelum membuat sebarang andaian.
“Yang tukang gantung bendera tu pun dah tak tentu arah hidup dia. Nanti kau tunggulah kenyataan rasmi kilang. Ini kenyataan dari waibee kampung je sebelum benda bukan-bukan berlaku,” jelasnya.

Tindakan berhemah ADUN Duyong dipuji netizen
Tindakan segera dan berhemah oleh wakil rakyat itu meraih pujian daripada ramai netizen yang menyifatkan beliau sebagai contoh pemimpin yang matang dan bertanggungjawab.
“YB Duyong ini ada bahasa, ada adab, ada cara harmoni untuk selesaikan masalah,” komen Mohamad Sonin.
“Saya sokong cara YB. Pantas, tepat dan cepat check isu ini. Lebih-lebih lagi sekarang tengah panas kes bendera pasang terbalik,” kata Ahmad Taufiq.
“Ini baru betul, siasat dengan cermat, tak maki hamun, tak sebar fitnah. Bila betul caranya, baru tahu punca,” kata Firdaus.
“Ini yang kita mahukan, pantas buat kenyataan. Jika isu teknikal, terangkan dengan bukti. Bila lambat bertindak, rakyat mula buat persepsi sendiri,” tambah Joe Husin.
Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy
The post Netizen puji ADUN Duyong tangani kes bendera terbalik secara profesional appeared first on The Reporter.

