Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Sin Chew Ambil Tindakan Tatatertib, Ikrar Lebih Berhati-Hati

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 9:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan sabit pada hadapan akhbar bertarikh semalam.

Dalam kenyataan petang ini, Sin Chew Daily bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bentuk tindakan yang dikenakan ke atas individu terlibat.

Namun, pihaknya memaklumkan jabatan editorial akan memperketatkan prosedur semakan dalaman, khususnya melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Kami berikrar untuk lebih berhati-hati dan peka dalam menangani perkara yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum,” kata akhbar itu.

image is not available

Artikel lain:

Sin Chew Ambil Tindakan Tatatertib

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, susulan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Baginda menzahirkan pandangan bahawa pihak pengurusan dan editor akhbar tersebut seharusnya lebih cermat dalam menyemak kandungan sebelum diterbitkan.

image is not available

Teguran diraja itu merujuk kepada edisi terbitan Selasa lalu yang menampilkan ilustrasi muka depan sebuah jong dengan bendera Malaysia dan China, bersempena lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke negara ini. Namun, bendera Malaysia dalam ilustrasi berkenaan didapati tidak memaparkan simbol bulan sabit.

Sin Chew kemudiannya tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada “ralat teknikal”.

image is not available

Ilustrasi itu telah diperbetulkan dalam versi digital dan turut diterbitkan semula dalam versi cetakan hari ini.

Akhbar berkenaan turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan menerima sepenuhnya nasihat dan teguran Sultan Ibrahim berhubung insiden tersebut.

Sumber: Malaysiakini