Selepas Sin Chew, MCMC siasat Kwong Wah siar gambar Jalur Gemilang tidak sempurna

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 8:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Selepas Sin Chew, MCMC siasat Kwong Wah siar gambar Jalur Gemilang tidak sempurna

image is not available

17/04/2025 - 08:11

Screenshot netizen yang mempersoalkan gambar Jalur Gemilang yang disiarkan oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 17 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil pengurusan akhbar Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiarann gambar Jalur Gemilang tidak sempurna.

Laporan tersebut berkaitan gambar bendera Malaysia yang dimuat naik di akaun Facebook akhbar itu, kata SKMM.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, menurut kenyataan suruhanjaya tersebut.

“SKMM memandang serius perkara itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta polis dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan,” katanya.

MCMC memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang bersifat mempersendakan atau menampilkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap sifat.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini,” katanya.

Katanya lagi, SKMM komited memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.

image is not available

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas akhbar Sin Chew Daily yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak sempurna pada penerbitan muka depannya.

KDN telah memulakan siasatan serta-merta dengan memanggil wakil Sin Chew Daily berhubung perkara itu.

Tindakan tersebut berpandukan kepada dua perundangan yang berkaitan iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]. - DagangNews.com

standard