Isu Jalur Gemilang Terbalik, Rupanya Yang Pasang Ada Masalah!

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bendera Jalur Gemilang Terbalik

Tindakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai. 

Walau bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata yang perkara tersebut tidak dilakukan dengan niat jahat.

Menurut laporan Kosmo, beliau menjelaskan bahawa pekerja yang memasang bendera tersebut adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kekurangan dari segi akal.

Dia yang pergi pasang sekitar sana. Dia pakai bendera yang lama, dia pasang pun balik. Selepas dimaklumkan orang ramai, benda itu telah diturunkan. Ia bukan disengajakan.

ADUN minta jangan viralkan lagi isu jalur gemilang terbalik!

image is not available

Choo Ken Hwa menegaskan bahawa beliau sendiri turun padang menyelaraskan isu tersebut bersama pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola.

Saya rasa ni satu kesilapan yang sedikit dan saya rasa boleh dimaafkan… Saya harap isu ini tidak diviralkan lagi.

Pihak sekolah dah minta maaf

image is not available

Semalam, pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka melalui kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Lembaga Pengelola dan PIBG.

Pssttt! Tak semua kesilapan perlu dihukum sekeras-kerasnya. Kadang kala, fahami dulu cerita sebenar sebelum sebarkan dan menghakimi.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.