Siasatan diserahkan kepada KPM
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta semua pihak agar tidak mengambil kesempatan mempolitikkan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada kesilapan itu berlaku secara sengaja atau tidak.
“Setiap kali apabila adanya isu seperti ini, sudah tentu ada orang yang cuba mempolitikkannya.
“Tapi saya rasa adanya kesilapan dan saya serahkan kepada pihak KPM untuk siasat sama ada ia disengajakan atau tidak,” katanya selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Seremban di SJKC Chan Wa.
Baca juga:
Kibarkan bendera dengan betul dan hormat
Ahli Parlimen Seremban itu menegaskan, Jalur Gemilang adalah lambang identiti negara yang wajar dikibarkan dengan penuh hormat dan sensitif, terutama menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Namun beliau tidak menolak kemungkinan berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kita sememangnya memberi peringatan kepada semua orang apabila kita kibarkan Jalur Gemilang, kibarkan secara betul dan hormat.
“Tapi kadangkala ada kesilapan yang tidak disengajakan,” katanya lagi sambil menegaskan siasatan masih berlangsung.
Sumber: Harian Metro
The post Jangan politikkan isu bendera terbalik di sekolah – Anthony appeared first on The Reporter.


