Isu Jerebu: Malaysia Tidak Bercadang Hantar Nota Diplomatik Kepada Indonesia – Tok Mat

LocalEnvironment
16 Oct 2026 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk menghantar nota diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia susulan masalah jerebu rentas sempadan yang sedang melanda negara ketika ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tersebut belum diperlukan memandangkan kerajaan perlu menjaga hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Advertisement

Syed Saddiq di parlimen

Indonesia punca jerebu, apa tindakan Malaysia?

Menurut beliau, penghantaran nota diplomatik bukan pendekatan terbaik buat masa ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Kita belum sampai ke tahap itu (menghantar nota diplomatik). Mudah untuk bercakap mengenainya di Parlimen, tetapi jika kita berbuat demikian, ia bermakna kita sudah bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik.

Tambahnya, Malaysia perlu menjaga hubungan erat antara kedua-dua negara dan tidak akan ambil tindakan sehingga menghantar nota diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia berhubung aktiviti pembakaran terbuka yang menyumbang kepada masalah jerebu.

Tindakan Malaysia terhadap isu jerebu

Mengulas lanjut, Mohamad menjelaskan bahawa penghantaran nota diplomatik boleh dipertimbangkan sebagai langkah terakhir sekiranya keadaan memerlukan.

Bagaimanapun, kerajaan ketika ini lebih mengutamakan pendekatan diplomasi dan rundingan bagi mencari penyelesaian terbaik tanpa menjejaskan hubungan dua hala.

Pendekatan yang lebih sesuai adalah melalui diplomasi, yang merupakan jalan terbaik berbanding menghantar nota diplomatik. Saya telah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawat saya, manakala Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga telah menghubungi Presiden Indonesia untuk membincangkan perkara tersebut.

Sehubungan itu, Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan, di samping memastikan hubungan baik antara kedua-dua negara terus terpelihara.

Image from: Isu Jerebu: Malaysia Tidak Bercadang Hantar Nota Diplomatik Kepada Indonesia – Tok Mat2026-10-13 15:45:37

“Kami Juga Hantar Oksigen” - Pegawai Indonesia Teruk Dikecam Rakyat Malaysia, & Singapura Kerana Kenyataan Isu Jerebu

The post Isu Jerebu: Malaysia Tidak Bercadang Hantar Nota Diplomatik Kepada Indonesia – Tok Mat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved