Isu jerebu: MP Sabak Bernam titip pesan terbuka kepada Prabowo dalam Bahasa Jawa

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang Ahli Parlimen mencuri perhatian Dewan Rakyat apabila menyampaikan pesanan secara terbuka kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berhubung isu jerebu rentas sempadan menggunakan Bahasa Jawa.

Gesa Prabowo ambil tindakan segera

Menerusi video tular di media sosial, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 menggesa Prabowo mengambil tindakan segera bagi menangani kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia yang menyebabkan masalah jerebu berulang hampir setiap tahun.

“Pak Prabowo, tolonglah ambil tindakan segera, padamkan api, hentikan kebakaran dan pastikan masalah ini tidak berulang setiap tahun. Kita nak langit yang cerah, udara bersih dan rakyat kedua-dua negara dapat hidup sihat dengan aman,” katanya.

Jangan buat isu jerebu sebagai bahan lawak

Beliau kemudian menyampaikan rayuan dalam Bahasa Jawa bagi menegaskan kepentingan menyelesaikan masalah yang menjejaskan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara itu.

“Janganlah masalah ini dibuat bahan lawak, kononnya hutan Indonesia selama ini bagi oksigen kepada Malaysia. Apakah hutan di Malaysia ini pokok plastik sampai tak boleh keluarkan oksigen?,” soalnya.

Image from: Isu jerebu: MP Sabak Bernam titip pesan terbuka kepada Prabowo dalam Bahasa Jawa

Menurut Kalam, jerebu bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat menerusi masalah pernafasan, batuk dan asma, malah mengganggu operasi sekolah, sektor pelancongan serta aktiviti ekonomi termasuk pekerjaan di ladang dan kegiatan nelayan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menggunakan saluran diplomatik untuk menggesa Filipina selaku Pengerusi ASEAN 2026 mengambil tindakan serantau yang lebih tegas, termasuk memperkukuh penguatkuasaan bersama, mewujudkan sistem amaran awal berasaskan pemantauan satelit dan menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan serantau.

Cadangan lain merangkumi pengukuhan pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan melalui mekanisme akauntabiliti lebih berkesan, selain mewujudkan dana serantau bagi mencegah kebakaran, memulihkan tanah gambut dan membantu komuniti terjejas.

Sumber:Thread projectnotes.07

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved