Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kelmarin (21 Oktober), Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan telah mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila secara terbuka menyampaikan pesanan kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan barisan kepimpinan negara itu behubung isu jerebu rentas sempadan yang tidak berkesudahan dalam Bahasa Jawa.
Kalam menggesa Prabowo supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah jerebu yang berulang hampir setiap tahun akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia ditangani secara serius.
“Mungkin pimpinan di sebelah sana (Indonesia) yang kebanyakan orang Jawa tidak faham Bahasa Melayu. Biarlah saya dengan izin Parlimen dewan yang mulia ini bercakap dalam Bahasa Jawa.”
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: “Ini Bukan Malaysia Lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia [Video]
Jerebu Buat Orang Ramai Tidak Sihat, Industri Pelancongan Turut Merosot – Kalam Salan
Dalam masa sama, Kalam turut menegaskan bahawa Malaysia hampir setiap tahun menerima tempias jerebu yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada rakyat di negara ini.
Malah jelas beliau, jerebu ini juga menyulitkan urusan warga Indonesia yang datang berhijrah ke Malaysia untuk mencari sumber pendapatan.
“Pak (Prabowo), asap dari kebakaran hutan itu membuatkan orang Malaysia susah untuk bernafas, ramai yang batuk, tekak gatal, sesak nafas, sekolah sampai tutup, industri pelancongan merudum dan orang-orang yang bekerja di kebun tidak dapat bekerja.
“Yang susah bukan hanya orang Malaysia, orang yang Indonesia yang bekerja di Malaysia juga susah akibat jerebu ini. Tidak boleh bekerja, tidak dapat pendapatan, lalu macam mana nak kirim wang untuk anak dan isteri di Indonesia?” soalnya.
Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober
‘Cakap Tentang Hutan Indonesia Kirim Oksigen, Ingat Malaysia Cuma Pakai Pokok Plastik Ke?’ – Kalam Salan
Sementara itu, beliau juga berharap agar kementerian Indonesia serius dan berhenti menganggap situasi jerebu ini satu bahan jenaka.
Beliau turut menyebut tentang kenyataan Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan sebelum ini yang berkata Indonesia bukan sahaja menyumbang kepada penyebaran asap, malah turut membekalkan oksigen kepada negara jiran melalui kawasan hutan yang luas.
Baca Artikel Berkaitan: KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]
“Pak Prabowo, tolonglah ambil tindakan segera, padamkan api, hentikan kebakaran dan pastikan masalah ini tidak berulang setiap tahun. Kita nak langit yang cerah, udara bersih dan rakyat kedua-dua negara dapat hidup sihat dengan aman.
“Maka jangan jadikan ini gurauan atau jenaka. Cakap tentang hutan Indonesia sudah kirim oksigen untuk Malaysia. Lah, hutan di Malaysia tu cuma pakai pokok plastik ke? Tak boleh hasilkan oksigen? Prabowo tolong tangani masalah ini segera.
“Kebakaran hutan harus dipadamkan, jangan sampai setiap tahun Malaysia dan Indonesia sama-sama menderita kerana asap. Kita semua ingin langit cerah, udara bersih, nafas lega dan hidup sihat selamanya,” katanya di akhir pesanan.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sekadar Hantar Asap, Kami Juga Kirim Oksigen Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Republik Indonesia [Video]
Perbahasan Kalam Mengenai Jerebu Dapat Perhatian Media & Netizen Indo
Nasihat dan gesaan Kalam Salan sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat telah mencuri perhatian ramai termasuk media dan netizen Indonesia.
Video perbahasan beliau turut dimuat naik semula di media Kompas TV dan CNN Indonesia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Indonesia bersetuju dengan setiap perkara yang diulas oleh Kalam.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Tak Tolong Kami?” – Cadangan Syed Saddiq Tentang Cara Tangani Jerebu Raih Perhatian Baim Wong & Warga Indo [Video]
“Orang Malaysia sampai tidak tahu macam mana cara nak bagi tahu Prabowo sampai terfikir nak berbahasa Jawa,” kata seorang lelaki.
“Pertama kali disindir Malaysia tapi aku sokong,” tambah seorang lelaki.
“Kalau Perlu, Gugat Sahaja Indonesia Ke Peringkat Antarabangsa” – Netizen Indo
Malah ramai juga menghargai usaha kerajaan Malaysia kerana sentiasa bersuara mengenai isu jerebu sampai ke hari ini.
“Terima kasih Parlimen Malaysia sudah pertahan juga rakyat Indonesia,” kata seorang wanita.
“Terus bersuara encik (Kalam). Kalau perlu gugat sahaja (Indonesia) di peringkat antarabangsa,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Jangan cakap orang-orang di Malaysia. Kami yang senegara (Indonesia) ni pun tak didengari,” luah seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perbahasan-MP-Malaysia-tentang-masalah-jerebu-dapat-perhatian-warga-Indo-1024x794.jpeg)
![Image from: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perbahasan-MP-Malaysia-tentang-masalah-jerebu-dapat-perhatian-warga-Indo-2-1024x743.jpeg)
![Image from: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perbahasan-MP-Malaysia-tentang-masalah-jerebu-dapat-perhatian-warga-Indo-3-1024x777.jpeg)
![Image from: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perbahasan-MP-Malaysia-tentang-masalah-jerebu-dapat-perhatian-warga-Indo-4-1024x629.jpeg)
![Image from: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perbahasan-MP-Malaysia-tentang-masalah-jerebu-dapat-perhatian-warga-Indo-5-1024x906.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun



![[VIDEO] Rakyat Indonesia sokong MP Sabak Bernam ‘tegur’ dalam bahasa Jawa](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-22-at-11.35.26-AM-1024x768.jpeg)