Isu Jerebu Rentas Sempadan: Prabowo Mohon Maaf Kepada Malaysia & Singapura

LocalEnvironment
16 Nov 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Jerebu Rentas Sempadan: Prabowo Mohon Maaf Kepada Malaysia & Singapura

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu jerebu baru-baru ini sememangnya mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai.

Manakan tidak, hampir empat bulan Malaysia serta Singapura dilanda jerebu sehingga menyukarkan aktiviti harian.

Malah, isu jerebu ini juga dilihat serius apabila menimbulkan pertelingkahan di antara netizen Malaysia, Singapura dengan Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: “Ini Bukan Malaysia Lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober

Prabowo Mohon Maaf Kepada Malaysia & Singapura Isu Jerebu, Beri Jaminan Pelbagai Usaha Telah Digerakkan Untuk Padam Kebakaran Hutan

Terbaharu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura ekoran isu jerebu merentas sempadan akibat kebakaran hutan di negara itu.

Permohonan maaf itu disampaikan oleh beliau sewaktu berucap dalam sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 yang diadakan di Filipina, semalam (15 November).

Menurut kenyataan oleh Biro Akhbar, Media dan Maklumat Sekretariat Presiden Indonesia, Prabowo telah memberi jaminan bahawa pelbagai usaha telah digerakkan oleh pihaknya dalam menangani kebakaran hutan dan tanah berkenaan.

Namun, kebakaran yang berlarutan hampir empat bulan lamanya itu telah menyebabkan jerebu merentasi sempadan sehingga menjejaskan aktiviti Malaysia dan Singapura.

Indonesia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Syarikat Terlibat, Turut Batalkan 17 Konsesi Syarikat

Malah, Indonesia mendakwa turut mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang didakwa terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Kerajaan Indonesia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap syarikat yang terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah, selain mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan konsesi serta prosiding undang-undang.

“Kita sudah membatalkan 17 konsesi syarikat. Sebanyak 26 syarikat sedang disiasat dan 11 sudah didakwa.

“Sebanyak 23 lagi syarikat dijadualkan didakwa, manakala keseluruhannya 104 syarikat sedang disiasat pasukan polis,” katanya.

16 Anggota Turut Terkorban & Ramai Cedera Dalam Operasi Pemadaman Kebakaran Hutan

Pada masa sama, pihaknya mendedahkan Indonesia telah menggerakkan lebih 17,000 anggota dalam operasi pemadaman hutan terbabit.

Daripada jumlah tersebut, 16 anggota telah terkorban dan ramai yang dilaporkan turut cedera selain dua helikopter turut terlibat dengan nahas.

Prabowo Tegas Indonesia Perlu Ubah Pendekatan Tangani Kebakaran Hutan, Rancang Tubuh Agensi Baharu

Tegas Prabowo, Indonesia perlu mengubah pendekatan dalam menangani kebakaran hutan iaitu menerusi langkah pencegahan secara menyeluruh dan sistematik daripada tumpuan terhadap operasi pemadaman api.

Susulan itu, kerajaan Indonesia merancang untuk menubuhkan agensi baharu selain turut melaksanakan beberapa program untuk mencegah kebakaran hutan dan tanah pada masa hadapan.

Lapor Sinar Harian, permohonan maaf tersebut dibuat oleh Prabowo selepas Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas bersama pada bulan lalu untuk menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan pembakaran hutan dan tanah berskala besar itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong turut mencadangkan agar pasukan petugas tersebut menjadi platform perkongsian maklumat serta sebagai bukti di peringkat ASEAN.

Ia bagi membolehkan negara anggota turut bekerjasama mengambil tindakan terhadap syarikat yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran serta jerebu merentas sempadan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan Malaysia turut menawarkan bantuan bagi menangani pembakaran tersebut.

Bantuan itu termasuklah bantuan pesawat, tiga helikopter dan anggota namun Syed Saddiq mendakwa pentadbiran republik berkenaan tidak memberi maklum balas terhadap tawaran tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Jerebu: Kerajaan Indonesia Perlu Telus, Dedah 57 Syarikat Jadi Dalang Bakar Hutan – Sahabat Alam Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Masih Berupaya Tanganinya” – Indonesia Tak Akan Isytihar Kebakaran Hutan Sebagai Bencana Nasional Buat Masa Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved