Isu kahwin 2 tengah ‘panas’, Abang Tesla kekal tenang beli kopi dengan isteri pertama

24 Aug 2023 • 2:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama Abang Tesla sejak awal minggu ini hangat diperkatakan apabila video dia memujuk isteri pertama yang menangis teresak-esak beberapa jam sebelum bernikah lain telah menjadi perhatian ramai.

Pelbagai kecaman diterima sehingga pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi berkaitan punca dia bernikah lagi satu.

Namun begitu, Abang Tesla atau Khal Iltizam kelihatan tidak membalas segala tanggapan negatif netizen berhubung tindakannya berpoligami walaupun teruk dihentam di media sosial.

Beli kopi sama2

Dalam satu perkongsian TikTok dibuat seorang pengguna dikenali sebagai @maslizabaharim telah berkongsi video ketika terlihat Abang Tesla dan isteri pertamanya ‘tenang-tenang’ sahaja membeli minuman di sebuah premis minuman.

Dia tak terkesan pun dengan netizen

Dia dilihat bersama dengan isteri pertama dan mereka juga kelihatan dalam keadaan baik walaupun sedang dilanda kontroversi berkaitan perkahwinan keduanya.

Menjengah ke ruangan komen pengguna TikTok itu, masing-masing telah meninggalkan maklum balas dengan mengatakan bahawa Abang Tesla terlihat biasa sahaja sedangkan netizen pula yang bergaduh di media sosial berhubung isu tular itu.

image is not available

Ramai wanita je yang emosi dengan Abang Tesla ni

image is not available

Kita doa yang baik2 buat mereka

 

image is not available

Mungkin mereka memang dah buat keputusan bersama

image is not available

Diorang okey je, kita pula nak terasa lebih2

image is not available

Steady Abang Tesla, rileks je

image is not available

 

Terdahulu, konten Abang Tesla yang memujuk isterinya tiga jam sebelum berkahwin lagi telah mendapat kecaman netizen.

Ia dikuatkan lagi dengan dakwaan perkahwinan kedua dibuat disebabkan ingin mempunyai zuriat apabila ada komen di TikTok dibuat menggunakan nama influencer itu mengatakan hal tersebut.

Apa-apa pun, kita doa yang terbaik sahajalah untuk perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok maslizabaharim