“Dah 3 hari tak buka media sosial” – Abang Tesla Kata Dia Tak Baca Komen Orang

Entertainment
24 Aug 2023 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bermacam-macam jenis kecaman dilemparkan semenjak videonya tular, namun begitu Abang Tesla mendakwa dia tidak rasa terkesan dengan apa sahaja komen yang diberikan oleh orang ramai.

Perkara itu dinyatakan apabila Abang Tesla memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya kini begitu tenang sambil makan bertih jagung.

@abg.tesla

Apa yg sedang berlaku sebenarnya?? #abgtesla #engspopcornhq @CEO POPCORN

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Jelasnya lagi, dia hanya menonton televisyen, dalam masa 4 jam, video tersebut telah meraih lebih 310K jumlah tontonan. Bahkan, sebelum ini ada netizen muat naik satu video ternampak Abang Tesla ini keluar bersama isteri pertamanya di sebuah kedai kopi.

Dalam masa 21 jam, video tersebut meraih 1.9 juta tontonan dan rata-rata netizen mula tertanya-tanya dimanakah isterinya yang kedua, malah ada juga warganet yang mula hidu bahawa kemungkinan bahawa perkahwinan itu adalah prank semata-mata, bahkan ada yang beranggapan bahawa Abang Tesla mungkin tengah berbulan madu bersama isteri baharu.

image is not available image is not available image is not available

Hebat betul penangan Abang Tesla ni ek?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.