Isu Kampung Baru: Rafidah Ibrahim Disiasat Dakwaan Halang Tugas Pegawai Mahkamah

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 2:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia rafidah Kampun

Isu panas Kampung Sungai Baru nampaknya masih belum reda apabila pempengaruh dan aktivis terkenal, Rafidah Ibrahim, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan menghalang tugas bailiff ketika pengosongan rumah penduduk dijalankan.

Memetik laporan MalaysiaKini, Rafidah bagaimanapun mengakui dia sendiri tidak pasti siasatan itu dijalankan di bawah undang-undang apa.

Meskipun begitu, Rafidah tetap memberikan kerjasama penuh dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Video tular di TikTok

@gengmuo

Penduduk dihalau dan ada provokasi dengan bakar rumah…Pemaju & kerajaan barua #kerajaangagal #kgsgbaru #pengkianat #madani #kampungbaru @Aswad @zufardanial_

♬ original sound – Abe Wey – Abe Wey

Jelasnya, pada 16 Julai lalu bailiff (pegawai mahkamah yang menyampaikan writ dan saman) telah ke Kampung Sungai Baru dan dia dikatakan telah menghalang tugas bailiff tersebut.

(Siasatan) di bawah siasatan jenayah, yang dipanggil saya dan (Pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai), Zainab Alias.

Bagaimanapun, Rafidah menjelaskan bahawa Zainab tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan.

image is not available

Untuk rekod, pada 17 Julai lalu Rafidah bersama penduduk kampung bertindak menghalang usaha pengusiran baki penduduk yang enggan berpindah kerana tidak bersetuju dengan nilai pampasan yang ditawarkan.

Rafidah turut mendakwa penduduk kini berdepan ugutan apabila rumah mereka bakal dikunci oleh pihak bailiff yang hadir bersama pemaju.

Namun, Rafidah menegaskan penduduk tidak akan berganjak dan tetap akan tinggal di kediaman mereka.

Pssttt! Semoga ada jalan tengah yang adil untuk semua pihak tanpa menekan mereka yang masih bertahan.

Kredit: MalaysiaKini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.