Rafidah Ibrahim Dipanggil Pihak Polis, Halang Pegawai Mahkamah Sampaikan Saman – “Penduduk Tidak Akan Berganjak Keluar”

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Malaysia Kini, selebriti serta aktivis isu Kampung Sungai Baru iaitu Rafidah Ibrahim dimaklumkan telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan kes menghalang tugas bailiff (pegawai mahkamah yang menyampaikan writ dan saman) yang diarahkan mengosongkan kediaman kampung tersebut.

Rafidah dipanggil oleh pihak polis

Rafidah sendiri memaklumkan dirinya dipanggil oleh pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, bagi merakam keterangan.

image is not available

Namun begitu, dirinya tidak pasti siasatan berkenaan dijalankan di bawah undang-undang apa.

Cumanya ambil masa lah (dia dipanggil), kejadian berlaku tengah bulan tujuh, hujung bulan lapan baru dipanggil. (Siasatan) di bawah siasatan jenayah, yang dipanggil saya dan (Pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai), Zainab Alias

Halang usaha pengusiran baki penduduk Kampung Sungai Baru

Difahamkan pada 17 Julai lalu, Rafidah bersama penduduk Kampung Sungai Baru bertindak menghalang usaha pengusiran baki penduduk tempat tersebut.

Mereka dikatakan menghalang pemaju yang mahu mengosongkan rumah-rumah di kawasan tersebut bagi rancangan pembangunan baharu.

image is not available 2025-08-20 11:48:33

"Sorry Lah, Saya Memang Popular Haha.." - Ditegur Jangan Guna Kes Arwah Zara Untuk Cari Populariti, Respon Rafidah Dipersoal