Isu kanak-kanak jalanan selesai masa terdekat: James

6 Feb 2023 • 1:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Isu gelandangan melibatkan kanak-kanak jalanan dalam kalangan komuniti Palauh dijangka akan selesai dalam masa terdekat, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Menurutnya, Pusat Perlindungan Sementara (PPS) dan bajet sudahpun disediakan untuk menempatkan mereka di lokasi yang dirahsiakan di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala, Lahad Datu tidak diadakan atas faktor keselamatan.

Katanya, jumlah yang diselamatkan di Kota Kinabalu seperti direkodkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah adalah seramai 165 orang, namun, jumlah itu boleh mencecah ribuan orang bagi keseluruhan negeri.