Isu Kelab Komedi Crackhouse: Hos Dakwa Siti Nuramira Langgar ‘3R Rules’

Entertainment
22 Mar 2023 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang hos yang dari Kelab Komedi Crackhouse menyatakan bahawa dia telah memaklumkan kepada Siti Nuramira Abdullah berkenaan dengan peraturan dan garis panduan dalam membuat persembahan komediri pada Jun tahun lepas, bagaimanapun, dia telah melanggar Peraturan 3R tersebut, lapor Astro Awani.

 

Dah ingatkan, tapi ingkar arahan

Hos tersebut, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26 mengatakan bahawa Peraturan 3R (race, religion and royalty/kaum, agama dan institusi diraja) diingkarinya apabila melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakai olehnya.

“Semasa persembahan, apa yang dilakukan ialah memperkenal dirinya dan berkata dia boleh menghafal 15 juzuk al-Quran… dalam sekelip mata dia buka tudung dan baju kurung’ sebelum mengeluarkan perkataan yang kurang sopan.”

“Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk memproses tindakannya dan saya tidak pernah melihat dia seperti itu sebelum ini.”

“Saya terkejut tapi saya juga mempunyai tanggungjawab (sebagai hos) dan saya tidak boleh terlalu terkejut kerana penonton perlu didahulukan.”

image is not available

Katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pada hari pertama perbicaraan Siti Nuramira lagi, dia perlu meneutralkan keadaan agar persembahan itu dapat diteruskan.

Untuk rekod, klip kelakuan Siti Nuramira yang tular itu telah dipertontonkan kepada mahkamah dan saksi pendakwaan pertama itu mengenal pasti individu dalam rakaman tersebut ada ahli komedi tersebut.

Mengimbas semua hari kejaidan, Muhammad Asyraf dapat makluman bahawa ada 2 orang yang ingin membuat persembahan komediri pada 4 Jun 2022 kerana beliau adalah hos bagi acara tersebut yang bermula pada 5 petang.

image is not available

“Sebelum persembahan bermula, saya mengingatkan penonton bahawa rakaman tidak dibenarkan agar orang ramai tidak menyalahgunakannya.”

“Video ini langsung tidak mencerminkan apa sebenarnya yang kami persembahkan di Kelab Komedi Crackhouse.”

“Biasanya kami buat persembahan lawak jenaka namun di sini (merujuk kepada video Siti Nuramira) tiada unsur lawak jenaka. Ia bukan komediri.”

“Saya lihat ke arah penonton dan mereka kelihatan terkejut serta terdapat pelbagai reaksi yang bercampur-baur (semasa persembahan Siti Nuramira).”

image is not available

Dalam perbicaraan hari pertama kelmarin, peguam yang mewakili Siti Nuramira iaitu R. Sivaraj ada membuat soal balas kepada Muhammad Asyraf. Dia menjelaskan bahawa dirinya turut menceburi kerjaya sebagai pelawah sambilan dan hanya menjadi hos bagi persembahan itu secara sukarela.

R. Sivaraj: Sebagai pelawak, adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa perkataan kurang sopan sering digunakan ketika persembahan komediri dan kamu juga pernah berbuat demikian dalam persembahan komediri kamu.

Muhammad Asyraf: Bukanlah selalu dan ya, saya pernah menggunakan perkataan kurang sopan dalam persembahan saya.

image is not available

R. Sivaraj: Berkaitan Peraturan 3R, saya katakan kepada kamu bahawa isu kaum, agama dan perkataan kurang sopan pernah digunakan di Kelab Komedi Crackhouse.

Muhammad Asyraf: Saya setuju.

Sebagai rujukan, pada 13 Julai 2022, Siti Nuramira 27, telah didakwa kerana perbuatannya itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.