Isu keselamatan, tambah baik Jalan Raya Timur-Barat dibincang Jemaah Menteri esok

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke Siew Fook

GEORGE TOWN - Isu keselamatan dan langkah segera dalam penambahbaikan Jalan Raya Timur-Barat akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya memandang serius berkenaan aspek keselamatan jalan raya selain akan bekerjasama dengan beberapa kementerian untuk melihat langkah segera yang boleh diambil untuk penambahbaikan.

"Dari segi aspek keselamatan jalan raya, kita memandang serius dan kita perlu bekerjasama antara pelbagai kementerian.

"Perkara ini akan saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok pagi untuk kita melihat apakah langkah-langkah segera yang boleh diambil untuk menambah baik," katanya ketika ditemui selepas merasmikan CruiseWorld Malaysia 2025 di sini pada Selasa.

Dalam tragedi menyayat hati pada awal pagi Isnin, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.

AKAN MENYUSUL