Pelajar UPSI Dakwa Sudah Tegur Pemandu Sebelum Bas Terbalik Di Gerik

10 Jun 2025 • 9:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bas Upsi

Tragedi menyayat hati yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik terus meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Terbaharu, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Lili Suzana Mat Yaakob mendakwa dia dan rakan-rakan telah beberapa kali menegur pemandu agar memperlahankan kenderaan sebelum bas terbabit terbalik.

Pengakuan itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang sempat melawat mangsa yang terselamat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

Rayuan pelajar kepada pemandu bas tidak diendahkan…

image is not available

Menurut Noraini, Lili yang masih trauma berkata pemandu bas memandu dalam keadaan laju meskipun telah ditegur berkali-kali.

Dia (Lili Suzana) berkata pemandu memandu laju dan dia telah menegur pemandu berkali-kali supaya tidak memandu dengan laju.- Katanya.

Tambah Noraini, pelajar terbabit jelas masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu dan akan menerima bantuan kaunseling dari pihak kementerian.

Dua pelajar UPSI masih dirawat di HRPB…

image is not available

Selain Lili Suzana, seorang lagi pelajar iaitu Nor Erika Elysha Mohd Zaidi turut menerima rawatan di hospital sama. Bagaimanapun, Noraini menjelaskan keadaan mereka kini stabil namun masih dipantau oleh pihak perubatan.

Salah seorang daripada mereka (Nor Erika Elysha) masih menerima ubat dan belum sedar sepenuhnya, manakala seorang lagi (Lili Suzana) boleh bercakap dengan kita dan kelihatan stabil.- Katanya.

Pihak kementerian juga telah menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa serta menyediakan sokongan emosi dan kaunseling kepada semua pelajar yang terlibat dalam nahas tersebut.

Pssttt! Kisah ini benar-benar mengundang rasa sebak dan geram. Keselamatan penumpang harus menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perjalanan jarak jauh. Semoga tragedi ini jadi titik tolak kepada penambahbaikan dalam pemantauan pemandu dan syarikat pengangkutan awam. Jangan tunggu nyawa melayang baru mahu bertindak.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.