Isu Ketiadaan Gambar Naim Daniel & Sissy Iman Di Poster Family Duo, Media Prima Tak Sedia Beri Kenyataan 

Entertainment
27 Jan 2023 • 7:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ketiadaan gambar Naim Daniel dan Sissy Iman dalam poster Famili Duo minggu ke-7 menjadi misteri. - Gambar ihsan TV3

Biarpun netizen rancak memperkatakan tentang isu ketiadaan gambar Naim Daniel dan Sissy Iman dalam poster Famili Duo untuk minggu ketujuh, namun pihak TV3 melalui Media Prima nampaknya lebih selesa mengambil sikap untuk berdiam diri. 

Bahkan, ketika Getaran menghubungi pegawai perhubungan komunikasi Media Prima untuk mendapat kenyataan lanjut tentang isu poster program hiburan nyanyian itu, jawapan yang diterima adalah: “Setakat ini, tiada kenyataan daripada pihak kami”. 

image is not available
Gambar tangkap layar Instagram TV3

Getaran juga cuba hubungi penerbit Famili Duo, Suffian Isa yang juga adalah suami kepada juri Mas Idayu untuk mendapatkan komennya berhubung hal ini. Namun, panggilan tidak dijawab dan mesej yang dihantar melalui Whatsapp juga tidak dibalas. 

Dalam pada itu, Naim Daniel dalam kenyataan kepada MStar memberitahu bahawa dia juga terkejut apabila mendapat tahu tentang ketiadaan gambarnya di dalam poster Famili Duo tersebut. 

image is not available
Gambar tangkap layar Instagram TV3

Tidak menyatakan bahawa mereka telah menarik diri atau masih kekal dalam konsert minggu ini, yang bakal diadakan pada Ahad ini, Naim bagaimanapun mengakui dia dengan Sissy masih belum membuat apa-apa persediaan lagi. 

Sementara itu, netizen yang masih  terkejut dengan ketiadaan gambar Naim dan Sissy memberikan reaksi yang berbelah bahagi. 

Ada yang berharap Naim dan Sissy akan meneruskan perjuangan mereka di dalam program tersebut, namun mengakui kedudukan Mas Idayu sebagai juri tetap harus diganti dengan orang lain. Tidak juga yang berpendapat bahawa jalan yang terbaik buat Naim dan Sissy adalah dengan menarik diri. – Getaran, 27 Januari 2023  

image is not available
Gambar tangkap layar Instagram TV3