“Padu Bang, 1 Malaysia Cari..” – Peserta ‘Sound’ Mas Idayu 8 Tahun Lalu Muncul, Netizen Luah Rasa Teruja

Music
27 Jan 2023 • 1:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, kontroversi di antara penyanyi veteran, Mas Idayu dan Sissy Iman menjadi topik utama kebanyakkan netizen di media sosial. Ia susulan, penyanyi dangdut itu memberi komen ‘pedas’ terhadap penyanyi duo, Sissy dan Naim Daniel dalam program Famili Duo.

Disebabkan perkara berkenaan menjadi isu, netizen mengungkit semula video-video lama yang memaparkan Mas Idayu atau mesra dikenali sebagai Mummy itu sering memberi komen dalam nada menengking.

Salah satu video yang menjadi perhatian adalah seorang peserta lelaki yang tidak gentar mengkritik Mas Idayu ketika uji bakat Mentor Legend 2014.

Oleh kerana nama lelaki terbabit ‘diseru’ netizen, dirinya muncul di TikTok dan jejaka bernama Sofian itu kini merupakan seorang penjual kereta.

Difahamkan, video uji bakat itu berlaku sewaktu Sofian berumur 22 tahun dan kini dia sudah pun berumur 31 tahun, jadinya kejadian berlaku lapan tahun yang lalu.

image is not available

image is not available

Menjengah di ruangan komen video jejaka terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihatnya kerana dia merupakan salah satu peserta yang berani membalas kritikan pedas daripada Mas Idayu.

Bahkan, ramai berterima kasih kepada Sofian kerana berani bertindak sedemikian dan mewakili pendapat ramai yang kurang senang dengan cara penyanyi berumur 51 tahun itu memberi komen.

image is not available 3 hari lalu

"Itu Bukan Tahap Saya, Sekarang Tahap Saya Dah Juri" - Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved