Isu KKDW: SPRM sedia siasat jika terima aduan rasmi

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu KKDW: SPRM sedia siasat jika terima aduan rasmi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi berkaitan dakwaan berkenaan setakat ini.

“Kita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.

“Apabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa SPRM mengambil tindakan terhadap kementerian itu berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan berkata kementerian itu tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan, malah perbelanjaan kementerian adalah berdasarkan peruntukan yang dinyatakan dalam belanjawan atau jumlah yang telah diluluskan kerajaan. – BERNAMA

The post Isu KKDW: SPRM sedia siasat jika terima aduan rasmi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved