Isu KLSCAH: SPRM rakam percakapan pegawai Hannah Yeoh

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu KLSCAH: SPRM rakam percakapan pegawai Hannah Yeoh
Abd Halim

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan seorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan berlangsung selama lima jam bermula jam 10 pagi pada Khamis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata pegawai berkenaan dipanggil bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada masa sama, beliau berkata, SPRM turut akan memulakan siasatan berkaitan aspek tatakelola sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan tersebut dan memberi ruang kepada agensi berkenaan menjalankan siasatan secara menyeluruh memandangkan kes itu masih berada pada peringkat awal.

SPRM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan secara bebas, adil serta berlandaskan undang-undang.

Sebelum ini, Hannah mengesahkan pembantunya telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu KLSCAH.

Pada 14 November lalu, beliau mengumumkan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000, jauh lebih rendah berbanding anggaran awal hampir RM4.67 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved