
PETALING JAYA: Seorang pegawai menteri memberikan keterangan selama lima jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung bermula 10 pagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pegawai tersebut dipanggil bagi tujuan melengkapkan siasatan yang dijalankan di bawah Sesyen 23 Akta SPRM 2009.
“Pada masa yang sama, SPRM juga akan memulakan siasatan berhubung isu tatakelola sekiranya ada.
“Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini selain memberi ruang agar siasatan ini berjalan lancar memandangkan ia masih di peringkat awal,” katanya di sini hari ini.
Katanya, SPRM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil, serta berlandaskan undang-undang. – UTUSAN
The post Isu pajakan KLSCAH: Pegawai menteri disoal lima jam appeared first on Utusan Malaysia.






