Isu lawatan Fatima: Fattah Amin gagal ambil tindakan undang-undang terhadap Fazura 

LocalEntertainment
3 Apr 2026 • 5:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELEBRITI Fattah Amin tidak berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah untuk membuat permohonan memfailkan tindakan undang-undang atau komital terhadap Fazura berhubung lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Fattah gagal mendapatkan permohonan berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mac lalu.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura mengesahkan hal berkenaan selepas dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

“Berdasarkan rekod mahkamah, permohonan itu difailkan oleh Fattah pada awal Februari.

“Bagaimanapun pada 31 Mac 2026, Hakim Syarie, Tuan Salehan Yatim memutuskan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah,” katanya.

image is not available

Fakhrul Azman mendedahkan Fattah telah memfailkan permohonan kebenaran secara 'ex parte' terhadap anak guamnya berkaitan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah mengenai hak lawatan si kecil yang berusia enam tahun itu.

Jelasnya, prosiding berkenaan mampu mengakibatkan Fazura dikenakan tindakan penjara jika didapati melanggar perintah mahkamah tersebut.

Sekadar rekod, Fattah dan Fazura berpisah pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun berumah tangga.

Komital ialah permohonan yang difailkan di mahkamah apabila seseorang gagal mematuhi perintah mahkamah

Sumber: Sinar Harian