Isu Lesen Digital, Polis Thailand Beri Penjelasan Dalam Loghat Kelantan

Entertainment
28 Sep 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika Ringgit Malaysia sedang mengukuh, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk bercuti di luar negara. Antara destinasi pilihan adalah negara jiran kita, Thailand.

Ada dalam kalangan kita yang memilih untuk memandu kenderaan sendiri ke Negara Gajah Putih itu.

Walau bagaimanapun, timbul tanda tanya berkenaan lesen memandu yang kini hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian dalam bentuk digital.

Mengambil maklum akan perkara itu, seorang polis Thailand menerangkan berkenaan lesen memandu digital yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada rakyat Malaysia.

Penerangan yang disampaikan oleh @dadunayu.thai dalam Bahasa Malaysia loghat negeri Kelantan. Korang boleh tengok video tu di bawah.

Jadi untuk korang yang ada plan melancong ke Thailand dan nak drive kereta sendiri tu, korang boleh lah print siap-siap lesen memandu yang masih dalam tempoh sah.

Yang digital tu dah tentu ada dalam phone korang kan.

Semoga pesanan ini membantu!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.