Isu Lewat Bayar Perkhidmatan Piecemeal Di RTM Isu Terpencil, Pengadu Baru Bertugas Oktober Lalu

LocalPolitics
21 Nov 2024 • 7:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rtm

Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan membalas dakwaan yang dibuat seorang individu mengenai isu lewat bayar gaji.

RTM dalam kenyataan media berkenaan berkata, isu tular tersebut adalah kes terpencil dan ianya dibuat oleh seorang tenaga kreatif (Piecemeal) yang baru mula bertugas pada Oktober 2024.

Bayaran dibuat dalam tempoh 7 hingga 14 hari

image is not available

Menurut RTM lagi, proses pembayaran perkhidmatan Piecemeal kini menggunakan sistem Tatacara Perolehan WP10.9.

Bayaran hanya akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap dihantar.

Dalam kes ini, pekerja yang membuat aduan didapati menyerahkan dokumen tuntutan yang tidak lengkap.

Disebabkan itu, dia diminta untuk melengkapkan dokumen tersebut sebelum pembayaran diproses.

Jelas RTM, pihaknya sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada semua tenaga kerja Piecemeal dilakukan secara teratur dan mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

Aduan viral

image is not available

Selain isu bayaran gaji, pengadu juga mengkritik sistem operasi RTM yang dianggap ketinggalan zaman. Dia menggesa kerajaan campur tangan dan mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X Suhaimi Sulaiman