Baru-baru ini, tular di media sosial luahan orang ramai mengenai masa menunggu yang lama di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Luahan itu turut disertakan dengan satu notis yang dikeluarkan oleh pihak klinik, memaklumkan bahawa jumlah pesakit yang tinggi serta kekangan tenaga kerja menjadi punca kelewatan perkhidmatan.
“Jumlah pesakit 300 orang, tiga pegawai perubatan dan seorang pakar perubatan,” demikian kandungan notis tersebut yang dikongsikan netizen.
Dihantar olh seorang yang namanya tidak mahu dikenali. Dia membawa ahli keluarganya ke Hospital Sg Buloh semalam & terpaksa menunggu agak lama.
This is extremely worrying & may be jeopardising both the workforce & the patients' wellbeing.
@anwaribrahim@DrDzul @KKMPutrajaya pic.twitter.com/VTXBMVdMK0
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pada tarikh berkenaan, seramai 158 pesakit hadir ke klinik itu, dan mereka telah dikendalikan oleh tiga pakar serta tiga pegawai perubatan, mengikut jadual dan kapasiti sedia ada.
“Merujuk kepada situasi pada 30 Jun 2025 di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh, pihak kami telah mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital. Berdasarkan semakan, seramai 158 pesakit hadir pada hari tersebut.
“Klinik dikendalikan oleh tiga pakar dan tiga pegawai perubatan, mengikut jadual dan kapasiti sedia ada,” menurut kenyataan itu.
Salam Sejahtera, Tuan. Terima kasih atas keprihatinan terhadap isu yang dibangkitkan.
Merujuk kepada situasi pada 30 Jun 2025 di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh, pihak kami telah mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital. Berdasarkan semakan:
1. Seramai… https://t.co/L36rFskxst
Tambah kenyataan itu lagi, anggaran kehadiran lebih 300 orang yang tular di media sosial turut mengambil kira ahli keluarga atau penjaga yang menemani pesakit.
“Anggaran kehadiran lebih 300 orang seperti yang tular turut merangkumi ahli keluarga atau penjaga pesakit. Ini merupakan amalan biasa di fasiliti kesihatan awam, khususnya bagi pesakit warga emas dan kanak-kanak.
“KKM memahami kesulitan yang dihadapi pesakit dan keluarga, khususnya berkaitan tempoh menunggu. Kami juga sedar beban kes di hospital rujukan seperti Hospital Sungai Buloh adalah tinggi, dan usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan secara berterusan bagi mempertingkatkan pengurusan aliran pesakit,” tambah kenyataan itu lagi.
The post Isu masa menunggu di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh, KKM tampil beri penjelasan appeared first on The Reporter.




