Isu Mat Rempit: Kerajaan Sedang Kaji Laksana Hukuman Berat!

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat mat rempit, jika anda masih gemar merempit, lebih baik anda meninggalkan tabiat buruk itu. sebelum merana di kemudian hari.

Ini kerana kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap kesalahan aksi berbahaya dan lumba haram.

image is not available

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata draf pindaan akta tersebut telah dibawa ke peringkat Jabatan Peguam Negara bagi memastikan hukuman yang dikenakan mampu bertindak sebagai pencegahan berkesan kepada pelaku.

"Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu secara berterusan termasuk kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) konsesi lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.