Zeekr X: Alternatif BYD Atto 3 harga bermula RM156,000

LocalCars
9 Dec 2024 • 9:27 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat anda yang sedang mencari SUV kompak elektrik yang lebih unik berbanding BYD Atto 3 dan lain-lain sedia ada atas jalan raya Malaysia, cuba usyar Zeekr X. Ini adalah jenama baru saja masuki Malaysia dengan dua penawaran pertama mereka iaitu sebuah SUV elektrik Zeekr X dan satu lagi MPV elektrik Zeekr 009.

image is not available

Harga Zeekr X di Malaysia

Zeekr adalah satu jenama di bawah payung Geely. Sebanyak dua varian Zeekr X ditawarkan untuk pasaran kita dan berikut adalah harganya:

  • Zeekr X Premium RWS – RM155,800
  • Zeekr X Flagship AWD – RM172,800

image is not available

Mereka sedang mengadakan promosi pelancaran. 500 unit pertama yang didaftarkan akan terima:

  • Zeekr Wallbox (RM8,000)
  • Granny Charger
  • tinted cermin

SUV elektrik ini dilindungi jaminan 5-tahun/150,000km untuk kenderaan, 8-tahun/160,000km untuk bateri, dan ketersambungan dalam kereta percuma, selama 2 tahun.

Spesifikasi Zeekr X

Zeekr X dibangun mengguna pakai platform Sustainable Experience Architecture (SEA). Untuk maklumat anda, model yang turut gunakan platform ini, selain Zeekr X, adalah seperti Smart #1, Smart #3, dan Volvo EX30.

image is not available

Varian RWD ada motor elektrik di belakang dengan kuasa 200kW (268hp) dan tork setinggi 343Nm. Pecutan ke 100km/j varian ini mengambil masa 5.6 saat. Kalau tak cukup varian AWS ada motor berkembar dengan jumlah output 315kW (422hp) dan tork setinggi 543Nm. Pecutan abad varian ini cuma perlukan 3.8s.

image is not available

Motor-motor ini mengambil tenaga daripada pek bateri 66kW untuk kedua-dua varian. Varian RWD ada jarak kembara 440km sementara varian AWD ada jarak kembara 420km (WLTP).

Untuk kelengkapan mengecas, kedua-duanya varian terima arus DC 150kW tapi sedikit berbeza pada paras penerimaan AC. Varian RWD terima pada paras 7.2kW sementara Flagship pada 11kW.

image is not available

Berikut adalah perbandingan kuasa dan jarak kembara merentasi varian tertinggi model yang gunakan platform yang sama:

Anda boleh layari laman rasmi Zeekr X Malaysia untuk maklumat lanjut.