Isu Nik Abduh, Mohd Amar: Nik Din diam diri

Politics
30 Jul 2023 • 2:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan berkait isu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Nik Din Nik Mat berkata, tindakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh selepas ini.

"Cukuplah setakat ini sahaja, saya tidak mahu ulas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Nik Din mendakwa Mohd Amar menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan.

Nik Din turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghantar surat meminta Pas menyenaraikan nama Nik Abduh.

Beliau juga hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!