Nik Abduh tolak tawaran jadi calon PRN - Tuan Ibrahim

Politics
28 Jul 2023 • 7:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tuan Ibrahim (tengah) bersama calon-calon PH bagi PRN Kelantan.

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menolak tawaran untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

"Kita sudah bincang dan bagi dia (Nik Abduh) tidak bertanding pun tidak mengapa.

"Dari segi komitmen parti, tiada isu," katanya pada sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Menurut beliau, untuk bergerak dalam politik banyak cara tidak semestinya jadi calon.

Ujarnya, Nik Abduh turut menyatakan keinginan untuk memberi fokus kepada Sekolah Menengah Ugama (SMUA) Maahad Darul Anuar dan Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka.

Tuan Ibrahim memberitahu, untuk meneruskan legasi Tok Guru bukan harus jadi calon.

"Legasi itu ialah menyambung perjuangan Tok Guru. Perkara tersebut lebih penting.

"Awalnya kita telah menawarkan untuk bertanding di beberapa kawasan dan beliau boleh mempertimbangkan beberapa kawasan namun akhirnya beliau ambil keputusan untuk menolak tawaran untuk dicalonkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: