
Pendakwah selebriri, Da’i Syed tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan mengatakan dia tidak sensitif terhadap isu Palestin.
Syed menjelaskan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok yang dimuat naik semula oleh peminat pada Jumaat.
Menurut Syed, tidak ada timbul niat walau sedikit pun bagi dirinya untuk memperlekeh atau mempersenda keadaan yang sedang menimpa umat Islam di bumi Gaza ketika ini.
"Mungkin disebabkan saya ada ambil lipmatte berwarna merah ini dan melukiskan sedikit di pipi Hana kemudian saya conteng sedikit sebagai darah sambil berkata ini barulah Palestin.
“Demi Allah, demi Al-Quran, demi Rasul..saya tak ada langsung menghina rakyat Palestin dan sebagainya. Sebab memang ada orang menunjukkan solidariti dengan melukis wajahnya. Mereka conteng wajah berwarna Palestin dan ada buat darah sedikit.
“Saya tak ada pun menghina dan sebagainya. Wallahi… Demi Allah, jadi saya ingin jelaskan, tak ada niat pun. Untuk apa saya buat tu untuk hina?” soalnya.
@itsme_daisyedfans Meminta maaf adalah dimuliakan. Memaafkan orang lagi mulia daripada orang yang meminta maaf. #daisyed #hanaismail ♬ bunyi asal - its.me_daisyedfans




