“Isu Parents, Isu Kakak, Itu Darah Daging Kita” – Syada Amzah Pelik Dilabel ‘Lebih Sudu Dari Kuah’ Bila Lantang Bersuara

Entertainment
11 Aug 2023 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah beberapa bulan kemelut rumah tangga penyanyi veteran, ND Lala dan isteri, Datin Fauziah berlarutan, akhirnya Rabu lalu mereka dilaporkan sudah pun berpisah.

Berita tersebut sememangnya mendapat perhatian susulan mereka berasal dari keluarga yang sudah berada dalam industri seni agak lama dan timbul dakwaan ND Lala ‘buang’ keluarga demi wanita muda tersebut.

 

Terbaru, anak bongsu ND Lala iaitu Syada Amzah ada membuat hantaran di Instagram Story berkata dirinya keliru jika mahu memberi respon ataupun tidak.

image is not available

Katanya, jika diri enggan menjawab pertanyaan wartawan, dia akan dilabel sebagai seorang yang sombong tetapi apabila menjawab pula, ada yang kata dia melebih-lebih.

Isu parents, isu kakak itu darah daging kita. Tapi orang luar pulak menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family?

Justeru itu, Syada buntu apabila reaksi orang luar seakan-akan tidak berpuas hati ketika dia mempertahankan keluarganya.

Sebelum ini, Syada Amzah pernah menafikan dakwaan orang ramai bahawa ibunya serta bapa sudah bercerai.

image is not available 4 months ago

"Tak Semestinya Apa Yang Orang Sangka Tu Betul" - Syada Amzah Nafi Ibu Failkan Cerai