Kemelut rumah tangga penyanyi veteran Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman berakhir selepas pasangan ini dilaporkan telah berpisah.
Sebagai seorang selebriti, mestilah isu ini mendapat perhatian ramai tambahan pula ND Lala dikatakan ‘buang’ keluarga selepas berkahwin baru.

Terbaru, anak bongsu ND Lala, Syada Amzah menerusi Instagram Story berkata keliru sama ada mahu respon atau tidak mengenai isu ini.
Syada lebih sudu dari kuah?

Jelasnya, jika tak jawab temubual wartawan dia akan dilabel sombong. Apabila jawab pula, ada yang melabelnya lebih sudu daripada kuah.
Isu parents, isu kakak itu darah daging kita. Tapi orang luar pulak menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family?
Penyanyi ini berkata, dia buntu apabila reaksi orang ramai seolah-olah tak membenarkan dia mempertahankan keluarga sendiri.
Kredit: Instagram Story Syada Amzah


