Isu PATI, Rohingya di mana silapnya?

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu PATI, Rohingya di mana silapnya?
Bukan sahaja etnik Rohingya, tapi semua PATI perlu diambil tindakan kerana mereka berani bina penempatan haram, ada koloni masing-masing. Foto Bernama

ISU pendatang asing tanpa izin (PATI) bagai sukar disurutkan biar pun saban tahun disuarakan.

Mana tidaknya, tindakan penguatkuasaan tetap dan pasti dilaksanakan tanpa henti, namun isu demi isu warga asing ini tetap berlaku.

Di mana silapnya? Hari ini Merak melihat isu etnik Rohingya pula memuncak dan sudah pasti mahu lihat isu ini diselesaikan segera.

Kerajaan perlu cakna dan serius kerana ia membimbangkan penduduk tempatan. Komuniti mereka semakin besar dan ada sesetengah tempat sudah macam bukan di Malaysia.

Usah dibebankan jabatan penguat kuasa dengan operasi tanpa henti, namun akarnya gagal ditangani.

Terima kasih pihak berkuasa yang bekerja tanpa henti demi banteras isu ini.

Semua orang politik jangan terlalu sibuk bermain politik sampai isu rakyat macam ini pun susah hendak ambil tindakan, sampai ditularkan dulu baru tergesa-gesa.

Penguatkuasaan juga bukan terletak di satu-satu jabatan semata, tapi semua. Sebab semua ada bidang kuasa masing-masing.

Bukan sahaja etnik Rohingya, tapi semua PATI perlu diambil tindakan kerana mereka berani bina penempatan haram, ada koloni masing-masing.

Bahkan Merak Jalanan baca laporan di dada akhbar ada kata komuniti sebegini dikatakan dilindungi orang tempatan. Kalau betul mohon segera ambil tindakan.

Jangan bagi muka sebab itu perbuatan yang mencemarkan maruah orang kita.

Di kala orang lain terbeban dengan ketidakselesaan PATI, etnik Rohingya ini, ada pula yang melindunginya.

Apakah kepentingan itu? Siasat sama ada benar dakwaan itu atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved