Isu pelantikan Wan Junaidi sebagai Gabenor: Timbalan Premier Sarawak kunci mulut

Politics
20 Jan 2024 • 11:57 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUCHING - Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian masih mengunci mulut berhubung laporan peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi membuka jalan kepada pelantikannya untuk memegang kedudukan Gabenor Sarawak.

“Lain kali… Lain kali,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan pameran seni Syn Chong Liew di Hoan Gallery di Promenade Mall malam tadi.

Bagaimanapun, Dr Sim mendedahkan bahawa Premier, Tan Sri Abang Johari Openg kini berada di Kuala Lumpur, tanpa memaklumkan butirannya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Wan Junaidi didakwa mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara untuk dilantik sebagai Gabenor Sarawak Ke-8.

The Malaysian Insight melaporkan bahawa mereka melihat surat peletakan jawatan itu dan Wan Junaidi dijangka mengangkat sumpah jawatan berkenaan kemudian.

Gabenor Sarawak ketika ini adalah Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu sejak Mac 2014.

Difahamkan, tempoh Taib sebagai Gabenor Sarawak dijangka berakhir hujung bulan depan. – 20 Januari, 2024